Sunday, September 25, 2011

kOlEkSi pEtuA.............

Melembut Dan Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Petua Untuk Menghalau Lalat

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu, lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur anda seperti meja makan, kabinet serta dapur memasak. Juga pada tempat-tempat lain yang anda rasakan perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Petua Meredakan Benjol di Kepala

Terkena pukulan benda keras seperti batu atau kayu boleh menyebabkan kepala benjol. Bagi meredakan benjol tersebut, segera sapukan air perahan asam jawa dan sedikit garam yang pekat ke atas benjol tersebut. Dalam masa 15 minit, kesan benjol tersebut akan mengecil dan mengempis.

No comments:

Post a Comment