Wednesday, March 20, 2013

bila agak nya aku ley lps semua benda- benda ni huhuhuhuhuhuh 
.letih letih letih dan letih sangat sangat sangat sangat.................................
otak pn x boleh nk pikir dAH..............................................................

Tuesday, February 26, 2013

15 Haiwan Comel Yang Hampir Pupus

Umumnya, apabila sebot tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan menate2 ni. 
Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat menate2 comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?





SAND CATS
kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yg tinggal di padang pasiaq, terutamanya di kawasan padang pasiaq di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasiaq ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak. Kesian.





Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.





SEA OTTER
Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka (apara takde bulu menate lain keh nak amik?) Mengapakah mereka tergamak nak membunuh menate secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.



FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir. 




Mexican Axolotl
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?





PIKA
Pika bunyinya macam pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.


JANTAN


TINO

MANDARIN DUCK
Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu2 yg berbagai warna manakala si tino hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat berlainan daripada manusia bukan?iyek tidak? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kureng sedap.




SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis2 comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.



BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini. 

"tolong jangan tangkap kite"






BLACK FOOTED FERRET
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha2 pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.




GRAY GENTLE LEMUR
Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat King Julian?Bukannya seerupa tapi berasal daripada keluarga berok2 yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau tak di Madagascar pastinya. Uhm.. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buloh.




HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.




Matschie's Tree Kangaroo
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.





Iberian Lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.



GIANT PANDA
Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.


SLEEP TIME




MASA MAKAN



Monday, June 18, 2012

Pernah Tengok Durian Merah Tak (5 Gambar) Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga? BY HUZAIFAH AL-SELANGORI ON JANUARY 30, 2012 AT 4:10 PM CATEGORY : FAKTA DAN INFORMASI TAGS : BUAH PELIK, DURIAN, DURIAN DALIT, DURIAN DAUN, DURIAN MERAH, DURIAN PELIK, DURIAN SABAH, DURIAN SAGA, DURIAN SEDAP, FAKTA DAN INFORMASI, INFORMASI, JENIS DURIAN, NAMA DURIAN, POKOK DURIAN MERAH RESPONSES : 7 COMMENTS SHARE RELATED POSTS Pelik! Wanita ‘Hamilkan’ Anak SotongJune 19, 2012 Menikmati Makanan Di Resturant Halal Di ChinaJune 18, 2012 Nazmi Faiz Minta Maaf Tumbuk Kapten QatarJune 18, 2012 Subhanallah! Professor AS Masuk Islam Kerana Solat BerjemaahJune 17, 2012 Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto)June 17, 2012 Melayukini.net – Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar) | Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning. Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian (LINK). Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah. Jom! Sumber Gambar: Google | Layari Fakta dan Informasi Malaysia Kini


Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar) | Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning.Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian (LINK). Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifikdurian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagaidurian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihatgambar buah durian berisi merah. Jom!







Thursday, December 29, 2011

kEbAikAn bIjik apPrICoRt...

Assalammuaalaikum ...
semalam kan aku pegi la jalan-jalan kt pasar malam tu...
tetitiba aku singgah kt satu gerai ni sebab ibu aku nk beli kismis
pas tu aku terbaca satu artikel yg sangat menarik perhatian aku ni....
buah appricort boleh menyembuhkan penyakit kenser ... so pe kate jom kita intai khasiatnya..
.

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21

JUGA BERTINDAK
•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip CancerAmalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.
Untuk kewanitaan ;
Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.

PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN BIJI APRIKOT SEBAGAI ALTERNATIF RAWATAN KANSER

Wednesday, November 2, 2011

aBaI kAwIn.......

asslamualaikum...............
hehehehe..... baik la tetiba intro entry kali ni siap bagi salam lak tu.....
ok kali ni nak cerita tentang kenduri kawin yg aku hadiri baru-baru ni
pertama sekali aku nk ucapkan selamat pengantin baru pada kak aida n abai sepupu aku :)
( aku ntah bile hahahhaha)
semoga berbahagia sampai akhir hayat..hehhe
majlis disebelah pengantin pompuan agak meriah juga la.......
sebab macam-macam aktiviti yaang ada heheh
ok ade aktiviti rebut gula-gula yg ni terbuka pada kanak2 bawah 12 tahun hehehe tp aku yg umor 24 tahun thn pn join jg hhehehhehe
pas tu akviti rebut bunga pengantin hehhehe
tp malang aku x dapat hehhehehheh
sepupu aku yg dapat bunga tu aku cuma dapat tarik dia puyer riben jer
tp ade lagi perkara yang aku x boeh lupa kan.....
mase aku nk g merenjis pengantin aku ley terseradung kt pelamin nasib baik aku x jatuh hehehheh mase tu malunyer ya Allah huhuhuhuhu
yang sepupu aku plak mernjis elok kt pengantin tp lupa nk salm pengantin hehheheheh pas tu kena tegur ngan pengantin hehhehehhehehehe
ok skrg ni korang layan gambo2 yg ade tu ;-)



Thursday, October 13, 2011

25 pesanan untuk renungan bersama...

‎25 pesanan dari abah buat renungan bersama...semuga memberi bermafaat ..Insya-Allah..

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya a...kan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmutetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masihmahu menambahkannya

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamatdaripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Monday, October 10, 2011

kEm jAtI dIrI..... gUa tEmPuRuNg..............



hai bertemu lagi kta ......
kali ni aku nka cerita tentang tajuk diatas......hehehehehe....ok lepas ni tobat x nk g dah huhuhuhuhutp kami enjoy sangat..sbb dapat ramai kawan hehheheh group kami lebih kurang dalam 20 orang n sentiasa berkerja sama.... ok kat dalam gua aku nampak cam rupa bentuk batu tp paling best kt dalam gua tu banyak batu kristal.mula- mula masuk trek kering naik tangga yg tinggi huhuhu dalam hati lps ni x nk tangga dah ....naa.... hambik ko... lps tu panjat dinding gua plak, pas tu main gelongsor, merangkak, menirap n menyusup hahaha npas tu baru aku taw makne nyawa di hujung tanduk..aku tergelincir nasib baik x jatuh dalam gaung.........nasib baik ade sorang kawan aku ni sempat tarik aku....

kat sini baru 1/4 jer drp gua.....

yg ni lak 1/2 drp pd gua... ni pintu belakang gua.


mula- mula masuk gua..

rehat sekejap :)..